Soalan-soalan Lazim

Apakah itu Liga Remaja Kreatif 2015?

Liga Remaja Kreatif 2015 adalah sebuah pertandingan mencipta kandungan tempatan khusus untuk pelajar-pelajar sekolah menengah seluruh Malaysia. Dianjurkan oleh MCMC dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM), Telekom Malaysia dan Media Prima Digital.


Apakah syarat-syarat kelayakan untuk mengundi Video Popular Liga Remaja Kreatif?

Anda perlu mendaftarkan akaun Liga Remaja Kreatif - My1content untuk mengundi.


Bagaimanakah cara untuk mengundi Video Popular Liga Remaja Kreatif?

Klik "Voting Videos" dan pilih video kegemaran anda. Kemudian klik undi. Sekiranya anda belum mendaftar masuk, anda akan diminta untuk memasukkan butiran akaun anda.


Bilakah tarikh mula dan akhir untuk memilih pemenang kategori Video Popular ini?

Tarikh pengundian akan diumumkan kemudian dan hanya video terpilih sahaja yang layak diundi.


Sekiranya saya mempunyai pertanyaan, kepada siapa perlu saya ajukan?

Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui email iaitu ligaremajakreatif@cmc.gov.my atau telefon 03-8688 8475 (Isnin sehingga Jumaat kecuali cuti umum dari jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang) mulai 1 Februari 2015.


Berapa kerapkah saya boleh mengundi Video Popular?

Anda boleh mengundi video yang berlainan sebanyak 5 kali sehari.